Blog Khas untuk MUSLIMAH Semoga Anda mendapat kebaikkan dalam Blog ini. Anda Berhak menyebarkan Dakwah Amr Makruf Nahi Mungkar yang Anda Dapati Dalam Blog ini Tanpa Meminta Izin Terlebih Dahulu
Cari Blog Ini
Khamis, 16 Disember 2010
♥ ♥ ♥ NASIHAT KU BUAT YG MASIH TAK SOLAT 5 WAKTU♥ ♥ ♥
Apasal la engkau malas sembahyang,
Allah kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada jadi tiang,
Berdiri tanpa roh tak tentu malam dan siang..?
Apasal la engkau malas sembahyang…
Kerja dah best, keluarga pun dah senang,
Negara pun aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit, 5 waktu engkau tak boleh luang..?
Apasal la engkau malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya engkau tidak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapa engkau tak kenang..?
Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena palu sorang-sorang…
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la kau fikir dan kenang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Hukum Allah S.W.T akan tunai tak siapa boleh halang..!!!
WALLAHU A'LAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri Populer
-
Dewasa ini kita sering melihat pelbagai rentak fesyen yang mewarnai dunia berpakaian kita pada hari ini. Ada fesyen yang bertudung dan menep...
-
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti sepert...
-
Wasallam. Jika diperhatikan pakaian yang selalu dipakai oleh kebanyakan remaja Islam terutama sekali pelajar-pelajar perempuan. Penulis per...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan