Selamat Datang

Laman

Al-Quran

TvQuran

Cari Blog Ini

Ahad, 24 Julai 2011

SEMPURNAKAN-LAH JILBABMU

Wasallam.


Jika diperhatikan pakaian yang selalu dipakai oleh kebanyakan remaja Islam terutama sekali pelajar-pelajar perempuan. Penulis perhatikan pelajar-pelajar perempuan terdiri pelajar-pelajar sekolah menengah, penuntut-penuntut IPTA didalam lingkungan umur dari 15 tahun – 25 tahun. Mereka ini berpakaian menutup aurat sepenuhnya kerana bertudung dan berseluar panjang labuh apabila keluar rumah atau pun berkumpul sesama mereka untuk bersantai atau aktiviti lain seperti balik kampung.



Apa yang penulis ingin memberitahu iaitu cara mereka memilih pakaian yang tidak sesuai dipakai kerana tidak cukup labuh terutama sekali baju yang tidak menutup bahagian punggung mereka. Jika diperhatikan sekiranya mereka tunduk kebawah mengambil sesuatu atau mengikat tali kasut. Maka terdedahlah punggung dan nampak seluar dalam nipis yang berwarna warni.

Ini akan mendedahkan bahagian punggung mereka kepada orang yang berada di belakang mereka. Selalu penulis terpandang secara tidak sengaja. Kata Ustaz sekali pandang secara tidak sengaja tidak berdosa. Kali kedua pandang barulah hukumnya berdosa. Wayang "free". Nak tergelak dan lucu pulak bila terpandang mereka ini kerana kata orang "atas tutup, bawah buka".

Kepada remaja yang suka membeli baju lengan panjang hendaklah biar labuh sedikit dan menutup bahagian punggung. Kenapa dibeli baju yang singkat dan terdedah apabila tunduk akan mempamerkan seluar dalam anda. Dengan tudung menutup rambut dan berseluar panjang, sudah kelihatan cukup sopan dan tertib tetapi kerana baju yang singkat memperlihatkan isi punggung sehingga nampak lurah dan bentuk punggung mencacatkan maruah anda.

Islam juga mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk pakaian yang dapat mempertajamkan bahagian-bahagian tubuh yang boleh membawa fitnah seperti buah dada, paha dan bahagian-bahagian lain.



Menurut itjimak para-para ulamak bahagian yang dikecualikan iaitu wajah dan telapak tangannya. Ada juga kaum muslimah yang tidak mengindahkan syarat ini sehingga dia memakai pakaian tetapi lengannya di biarkan terbuka atau kakinya terdedah. Ada juga yang yang memperlihatkan betis mereka.

Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu:

"Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31)

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu. (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat,rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga,pada hal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian”. (Riwayat Muslim).

Mereka ini dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilit pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.

Kain tudung melilit leher

Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.

Aksesori sebagai perhiasan.

Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakin rancak. Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian. Dan ini ditegah oleh Islam.

Pakaian longgar.

Pakaian longgar, tidak ketat, sehingga tidak dapat menggambarkan sesuatu dari tubuhnya. Pakaian yang menampakkan bentuk tubuh adalah dilarang oleh Rasulullah SAW, kerana hikmah pemakaiannya tidak mencapai sasaran dan standard pakaian tersebut masih gagal memenuhi kehendak syariat.

Kain Tebal tidak nipis serta lutsinar.

Kainnya mesti tebal dan tidak nipis dan lut sinar Yang pasti jika busana muslimah berfungsi untuk menutup aurat maka kainnya mesti tebal dan tidak tipis dan lutsinar. Jika ia nipis ertinya sama sahaja ia tidak menutup auratnya bahkan memancing godaan dan menampakkan perhiasannya.

Perhiasan inilah yang menggamit mata kaum adam yang akan menghasilkan dosa bagi si penonton dan model yang memperlihatkannya. Hal ini seperti yang diterangkan oleh Rasulullah saw dalam hadis berikut ini:

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat bonggol unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka itu adalah kaum wanita yang terkutuk."

Wangian atau "perfume"

Tidak boleh memakai wangi-wangian atau perfume yang boleh memikat hidung lelaki menghidu bau tersebut. Cukup sekadar untuk keperluan diri sendiri seperti menghilangkan bau peluh demi keselesaan di tempat awam.



Ini berdasarkan berbagai hadis yang melarang kaum wanita untuk memakai wangi-wangian bila mereka keluar rumah, seperti yang tertera dalam hadis berikut ini.

Dari Abu Musa Al-Asya'ri bahawasanya ia berkata: Rasulullah saw telah bersabda:

"Siapapun perempuan yang memakai wangi-wangian, lalu ia melewati kaum lelaki agar mereka mendapat baunya, maka ia adalah penzina. (HR. An-Nasai, Abu Daud, dan At-Tirmidzi)

Walaupun ada larangan bagi muslimah untuk memakai wangi-wangian bukan bererti muslimah harus tampil dengan bau yang tidak sedap. Muslimah harus tetap menjaga kebersihan tubuh,dan pakaian agar tidak menimbulkan bau badan yang dapat mengganggu dan menimbulkan fitnah baru iaitu adanya penilaian orang bahawa orang yang memakai jilbab mempunyai bau yang tidak sedap. Perawatan tubuh tetap diperbolehkan bagi muslimah asal tidak jatuh pada perbuatan tabarruj atau berhias.

Pakaian tidak merupai lelaki

Kebanyakan pakaian begini disukai oleh kumpulan "Pengkid" atau "tomboy". Lihatlah kat pasaraya besar di ibu kota tempat mereka berkumpul. Nak kata lelaki bukan dan nak kata perempuan pun bukan.


Tidak menyerupai pakaian laki-laki. Masalah ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah berikut ini: Dari Abu Hurairah yang berkata:

"Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, dan Ahmad).

Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir.

Dalam syari'at islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun wanita, tidak diperbolehkan bertasyabuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam ibadah, ikut merayakan hari raya, dan berpakaian dengan pakaian khas mereka.

Pakaian Glamor mencari populariti

Ini yang selalu kita tengok pada majlis yang dianjurkan oleh golongan artis satu masa dahulu yang menjadi kontrovesi sebilangan artis yang mengenakan pakaian terlalu menonjol dan menjadi tajuk perbualan orang ramai. Dah tua bangka masih nak mendedahkan aurat mereka kononnya fesyen glamor.


Bukan Libas syuhrah (pakaian untuk mencari populariti dan memperagakannya). Larangan ini berdasarkan hadis berikut: Berdasarkan hadis Ibnu Umar ra. Yang berkata: Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa mengenakan pakaian syuhrah (untuk mencari populariti) di dunia, nescaya Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka." (HR.Ibnu Najah dan Abu Dawud).

Asy-Syaukani dalam Nailul Authar memberikan definisi tentang libas syuhrah iaitu setiap pakaian yang dipakai dengan tujuan meraih populariti di tengah-tengah orang ramai, baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, atau pun pakaian yang bernilai rendah yang dipakai seseorang untuk menampakkan kezuhudannya dan dengan tujuan riaknya.

Semua ini adalah adalah ciri-ciri dan standard yang sudah ditetapkan syari'at untuk mengatur bagaimana seorang muslimah berpakaian dan menutup auratnya.

Tentang tumbuhnya berkembangnya pelbagai model busana muslimah sekarang ini, bukan bererti kita tidak boleh menyukainya bahkan memakainya, asalkan semuanya tidak melanggar standard yang sudah dijelaskan di atas dan yang lebih penting kita harus dapat menjaga hati kita agar busana muslimah yang kita kenakan tidak mengheret kita ke neraka kerana niat kita berubah dari ingin menjalankan perintah Allah SWT untuk menutup aurat menjadi riyak atau mencari populariti.

Semoga Allah SWT tetap menjaga hati kita agar senantiasa bersikap dan berbuat hanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan standard yang digariskan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.

Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.



Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walau bagaimana pun berpakaian kemas dan menceriakan bukanlah termasuk dalam istilah tabarruj (berhias). Begitu juga memakai barang kemas perhiasan sekadar memenuhi fitrah wanita yang sukakan perhiasan tidak dikira tabarruj dengan syarat ia tidak diperagakan.

Membersihkan diri dengan mencukur

Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersihkan diri dalam segala aspek, termasuk perkara-perkara fitrah dalam diri kita saperti memotong kuku,mencukur bulu kemaluan, mencukur misai bagi lelaki, membersihkan muka dan badan.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Apabila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka berlakulah pada pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri atau bertudung tetapi ketat seluarnya sehingga menampakkan perhiasan yang sepatutnya dilindung dan hanya halal unutk suaminya sahaja. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya keterlaluan sehingga menimbulkan dosa. .

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Bertudung tetapi tidak solat dan melakukan maksiat

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Mereka ini tidak memahami dan menyelami maksud dan hikmah bertudung. Sepatutnya tudung itu menjadikan mereka malu dan segan untuk membuat maksiat.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk menerima Islam sebagai agamanya kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam.Mmereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Keindahan Islam itu tidak diperaga dengan betul.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk men dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian yang dinamakan Dakwah Bil Hal iaitu dakwah melalui penampilan cara berpakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si dia itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal solat lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.

Jagalah tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen dakwah melalui pakaian anda.


Wasallam



Read more:
http://www.resepirahsiaku.com/2010/02/jangan-pamerkan-bontot-anda.html#ixzz1SzN9b9cM

BERTUDUNG DI KEPALA, BERPAKAIAN TAPI TELANJANG




“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Setiap kali anak-anak perempuan atau isteri hendak keluar dari rumah. Ibubapa atau suami pastikan mereka betul-betul tutup aurat. Selalunya baju yang dipakai itu kenalah labuh sedikit sehingga menutupi bahagian punggung. Jika baju hanya separas pinggang. Apabila membongkok, membonceng motosikal atau duduk diatas kerusi. Baju yang dipakai akan terangkat dan akan mempamerkan bontot. Kadang-kadang nampak habis seluar dalam yang dipakai. Hati-hatilah kerana wanita itu tidak sedar dan perasan akan auratnya. Banyak mata yang terpandang akan aset kamu yang sepatutnya dilihat oleh suami kamu sahaja.

Wasallam.



Sabtu, 23 Julai 2011

Jilbab Hitam Menurut Ulama Yaman

Sebagian muslimah yang taat beragama beranggapan bahwa satu-satunya warna pakaian muslimah yang ‘nyunnah’ adalah hitam. Jika ada yang berpakaian dengan warna selain hitam -apapun warnanya- maka dia belum menjadi muslimah sejati. Lebih parah lagi, ada yang beranggapan bahwa warna hitam adalah tolak ukur muslimah yang bermanhaj salaf. Artinya jika warna pakaian seorang muslimah bukan hitam maka dia bukan muslimah salafiyyah (muslimah yang bermanhaj salaf).

Untuk menilai anggapan di atas, marilah kita simak fatwa salah seorang ulama ahli sunnah di Yaman saat ini yaitu Syeikh Abdullah bin Utsman adz Dzimari. Fatwa ini beliau sampaikan dalam sesi tanya jawab setelah ceramah ilmiah yang beliau sampaikan dengan judul ‘Barokah Tamassuk bis Sunnah’ (Keberkahan Berpegang Teguh dengan Sunnah/Ajaran Nabi). Ceramah ini beliau sampaikan pada tanggal 19 Shofar 1427 H di radio ad Durus as Salafiyyah minal Yaman. Fatwa beliau tentang warna pakaian muslimah ini tepatnya ada pada menit 59:47- 1:02:39. Rekaman kajian ini ada pada kami.

Berikut ini transkrip fatwa beliau dan terjemahnya.

القارئ: هذا السائل من ليبيا يقول ما الضابط للون بالنسبة لحجاب المرأة المسلمة الشرعي؟

Moderator mengatakan, “Ada seorang penanya dari Libia yang mengajukan pertanyaan sebagai berikut. Apa warna yang pas untuk pakaian muslimah yang sejalan dengan syariat?”

الجواب: اللون هو أحسن الألوان بالنسبة لحجاب المرأة هو لون الأسواد لأن الغالب علي هذا اللون أنه لا يكون ملفتا للرجال.

Jawaban Syeikh Abdullah adz Dzimari, “Warna terbaik untuk pakaian seorang wanita adalah hitam dengan dua alasan. Alasan pertama, warna hitam biasanya tidak menarik dan memikat pandangan laki-laki.

الأمر الثاني أن عائشة-رضي الله عنها- عندما ذكرت بعض نساء الصحابة -في رواية:نساء المهاجرين, و في رواية: نساء الأنصار- “رحم الله نساء المهاجرين عندما نزلت آية الحجاب عمدن إلي مروطهن وشققنها وحتي أصبحن كالغربان”.

Alasan kedua, ketika Aisyah menceritakan sebagian istri para shahabat – pada satu riwayat dikatakan ‘istri para shahabat Mujahirin’ namun pada riwayat yang lain disebutkan ‘istri para shahabat Anshor- “Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada para istri shahabat Muhajirin. Ketika ayat tentang jilbab turun, mereka robek kain korden lalu mereka kenakan sebagai jilbab sehingga mereka seperti burung gagak”.

عائشة تشابه النساء كالغراب و الغراب يكون كله أسود اللون لا يري عليه أثر البياض. فهذا هو الأقرب و يكون بعيدا من أي لون أو تفصيل أو شكل للزينة.

هذا من ناحية اللون.

Dalam riwayat ini, Aisyah menyerupakan para shahabiyah dengan burung gagak. Sedangan buruk gagak itu seluruh tubuhnya berwarna hitam. Tidak ada warna putih sedikitpun. Inilah warna yang tepat karena dengan memakai warna pakaian seperti ini maka wanita yang bersangkutan terhindar dari warna pakaian, corak dan motif yang menari perhatian lawan jenis.

و أما من ناحية الصفات فبعض أهل العلم ذكرثمان الصفات للحجاب الشرعي. أن يكون الحجاب فضفاضا واسعا, لا ضيقا, و أن يكون سميكا غليظا, لا شفافا و أن يكون هذا الحجاب من ثياب النساء, لا من ثياب الرجال و أن يكون سابغا للجسد كله لا يظهر شيئا من الجسد و أن يكون خاليا من العطور والبخور و غيرها من روائح. لأنها إذا خرجت لا يحل لها أن تخرج متعطرة أو متبخرة. وكذلك أن لا يكون ثوب الزينة. وكذلك أن لا يكون ثوب الشهرة. وكذلك أن لا تكون المرأة متشابة به بالكافرات.

فمثل هذه الأوصاف ينبغي أن تراعي في الحجاب.

Tentang criteria pakaian muslimah yang sesuai syariat, sebagian ulama menyebutkan ada delapan kriteria.

1)longgar, lapang dan tidak ketat

2)tebal dan tidak transparan

3)model pakaian yang dipakai adalah model pakaian wanita, bukan model atau bentuk pakaian laki-laki

4)menutup badan secara sempurna sehingga tidak ada satupun bagian badan yang nampak

5)tidak diberi wewangian karena ketika keluar rumah seorang wanita dilarang untuk mengenakan wewangian

6)tidak menarik perhatian lawan jenis

7)bukan pakaian tampil beda yang menyebabkan orang yang memakainya menjadi kondang di masyarakat

8)bukan model pakaian yang menjadi ciri khas wanita kafir sehingga dengan memakainya muslimah tersebut menyerupai wanita kafir. Inilah kriteria yang harus dipenuhi ketika seorang muslimah hendak berpakaian dengan sempurna.

و أما اللون فقد سمعتم. و إذا كان هناك لون آخر هادئ و هو مشهور في أوساط البلد اللتي تعيش فيهاهذه المرأة و لا تكون منفردة به فلا مانع إذا كان غير ملفت.

Tentang warna, telah kalian ketahui warna yang terbaik. Namun jika memang ada warna lembut(tidak mencolok) selain hitam yang biasa dipakai oleh para wanita di masyarakat setempat sehingga jika ada seorang muslimah yang mengenakannya maka dia tidak menjadi nyleneh di masyarakatnya maka tidak terlarang selama warna pakaian tersebut tidak menarik perhatian lawan jenis.

Sampai di sini penjelasan Syeikh Abdullah adz Dzimari.

Dari penjelasan di atas, jelaslah bahwa warna pakaian muslimah selain hitam itu diperbolehkan selama tidak menarik perhatian lawan. Tolak ukur penilaian warna yang menarik perhatian dan tidak adalah ‘urf atau nilai yang berlaku di masyarakat.Oleh karenanya memakai warna pakaian semacam itu tidaklah menurunkan kadar dan kualitas ke-ahlisunnah-an atau ke-salafi-an seorang muslimah.Oleh sebab itu menilai seorang muslimah itu salafiyyah ataukah bukan dengan melihat warna jilbabnya hitam ataukah bukan adalah suatu hal yang keliru dan sangat tidak berdasar.

Meski tidaklah kita ingkari bahwa memilih warna hitam sebagai pakaian muslimah itu yang lebih afdhol. Akan tetapi yang sangat merisaukan adalah ketika warna hitam ini dijadikan tolak ukur dan parameter apakah seorang wanita itu salafiyyah ataukah bukan tanpa dasar dalil dan ilmu.

Wallahu a’lam.

Popularity: 18% [?]

Sharing Artikel ini:
  • Print
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • PDF
  • RSS
  • Twitter

Artikel Terkait

Entri Populer