Agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya. Kaum wanita yang pada zaman Jahiliah dulu tidak ada maruah dan tidak terbela. Ada yang beranggapan "Anak perempuan yang dilahirkan akan menjadi musibah yang sangat besar di dalam keluarg itu" oleh itulah mereka sanggup menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup. Tetapi semenjak kedatang Islam sehingga sekarang ini Nasib kaum Hawa sudah terbela. Tetapi mengapa Ramai kaum hawa yang mengatakan Tuntuntan Islam untuk kaum Hawa tidak patut dilaksanakan dizaman sekarang ini? Contohnya dalam hala menutup Aurat! Tahukah anda Aurat wanita dimana?Kenapa Islam menitip beratkan tentang Aurat wanita? dan mengapa kaum hawa tidak suka dengan tuntutan ini?
Dalam sebuah hadis ada dinyatakan: "Wanita itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu: Kerana Kecantikannya, Kerana Keturunannya, Kerana Hartanya & Kerana Imannya Tetapi pilihlah untuk yang beriman"
Kalau seorang wanita itu ada keempat-emapat kategori ini, sungguh beruntung lelaki yang memilikinya, tetapi kalau tidak ada cukuplah dipilih kerana Agamanya.
Tuntutan Islam untuk menutup aurat tidak untuk menyeksa kaum hawa. Bagi saya sungguh mulia kaum hawa yang menutup aurat keseluruhan berbanding dengan yang berpakaian tetapi seperti telanjang bulat. Susuk tubuh dapat dikira, saiz apapun mungkin bisa dibaca.
Memang betul kata Nabi S.A.W: Di akhir zaman akan ada kaum yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Mereka ini tidak akan dapat mencium bau syurga, Padahal Bau Syurga itu dapat dicium dari jarak yang begitu jauh.
Kalau dah tak dapat mencium bau syurga bagaimana pulauntuk masuk kedalamnya?
Nauzubillah



